Kanak-kanak adalah penghibur
Kesunyian
Tiada kanak-kanak sepi lah
Kehidupan
Kanak-kanak sering mengeluarkan
Senyum tawa
Yang boleh membuat kita
Teruja dan gembira
Kanak-kanak membesar dengan hasil
Didikan
Jadi menghormati orang tua bukan lagi
Soalan
Kerana didikan itu adalah
Jawapan
Kanak-kanak sentiasa memberi
Masalah pada kita
Bukan kerana mereka sengaja
Dan bukan mereka suka
Tetapi mereka cuba menarik perhatian
Kita
Untuk mengisi keriangan
Di hati mereka
Kau sentiasa mengambil
Berat tentang diriku
Kau tidak putus-putus
mencurahkan kasih dan sayang
Kau sanggup berjaga malam
untuk memujuk tangis sayupku
Kau berkorban segalanya
Hanya ingin melihatku
Gembira
Kau membimbing dan
mendidikku agar aku menghormati
Orang tua
Kau bersedia mendengar masalahku
Untuk dikongsi bersama
Bagiku engkau lah segala-galanya
Tiada kau nyawaku adalah
bayang-bayang
Engkau lah insan yang aku
Sayangi
Engkau lah insan yang aku
Hormati
Engkau lah insan yang aku
Sanjungi
Engkau lah insan yang bergelar
Ibu
Ibu yang sentiasa mekar
Menjadi ratu hatiku